[close]



★A spy >_- ★


I'm The Sweet Owner



NiZah. Human. Normal Girl. thirdteen. World. Around in my blog? Don't forget to give footsteps. Enjoy~



what's time is now huh? :3

Status

I love to know something new, and I hate a person who like to make me sad

Choose Background

Background 1 Background 2 Background 3


Blog Archive


Contact Me


Buku Tamu

Credits

© 2013 - Full Template by Meiza Maulida the basecode from Arrien Amani and Anugerah Salsa. The sweet header is Amatullah Mufidah. And the lovely helper is Aminah Hafidzatunnisa. Cute icon from Pixel.
tips/cara Abu Uwais al-Qarni(Syahmi) menghafaz al-qur'an
Wednesday, 23 December 2015 | 0 Possible[s]
Assalamualaikum, di sini.. saya ada melampirkan beberapa tips dari seorang saudara Islam kita di ask.fm :)

syahmi share la cara nta hafal al quran

Bismillah. Mengikut cara yang saya hafal, ada 3 jenis hafazan, iaitu hafazan lama; yang sudah kita hafal, hafazan terkini; yang baru kita hafal dua tiga hari lepas dan hafazan baru; yang kita baru nak hafal hari ini.
Jadi peringkat dia macam ni,
Dari mukasurat 1 sampai mukasurat 11(setengah juz satu) :
Hafazan baru : 3 baris sahaja
Hafazan lama SEMUA yang telah dihafal dari mukasurat satu.
Hafazan terkini : masih tidak ada lagi waktu ini.
Dari mukasurat 12 sampai mukasurat 42 (juz tiga) :
Hafazan baru : setengah muka surat
Hafazan terkini : 2 muka surat sebelum hafazan baru.
Hafazan lama : setengah juz. Bersilih ganti hati demi hari. Contoh hari pertama juz satu yang bahagian awal, hari kedua juz satu bahagian akhir, dan hari seterusnya juz dua awal dan hari keempat juz dua akhir(sampai tempat terakhir hafazan kita). Kemudian ulang balik proses ni pada hari kelima dan seterusnya.
Dari muka surat 43 sampai muka surat 122 :
Hafazan baru : 1 muka surat
Hafazan terkini : 5 muka surat sebelum hafazan lama : saru juz per day. Proses yang sama macam atas. Hari pertama juz satu, hari kedua juz dua dan hari ketiga juz tiga hingga tempat terakhir kita hafal. Jika juz yang baru dah lebih 10 muka, dia boleh jadi hafazan lama. Jadi begitulah seterusnya.
Dari muka surat 123 sampai 242 :
Hafazan baru : masih tetap satu muka.
Hafazan terkini : 7 muka surat sebelum hafazan baru
Hafazan lama : 2 juz per day. Sama jugak prosesnya seperti sebelum ini.
Dari muka surat 243 sampai khatam :
Hafazan baru : satu muka surat setengah. Ini paling maksimum. Jangan bagi ambik lebih dari satu muka setengah. Kakau tak mampu satu setengah muka, satu muka pun dah memadai.
Hafazan terkini : 8 muka sebelum hafazan baru.
Hafazan lama : 3 juz per day. Juga sama prosesnya seperti sebelum ni.
*setiap kali nak hafal hafalan baru, WAJIB BACA 40 kali. Baca, bukan hafal. Mesti tengok. Dan dalam satu majlis. Bermakna 40 kali mesti habis dalam satu kali duduk. Bukan hari ni baca 20 esok 20. Tak boleh. Kalau duduk baca lepas maghrib, mesti habiskan 40 kali dulu. Jangan pecahkan dia.
*mesti konsisten. Jangan on off
*buat amalan sunnah sampingan, terutama yang perlu diperhatikan ialah solat tahajjud. Sangat penting, bangunlah pukul 3 pagi ke, solat sambil mengulang. Maknanya baca hafazan kita dalam solat, terutama hafazan yang bermasalah.
*hindari segala maksiat dan bida'ah. Kerana ia adalah dzulumat, dan alquran tak akan masuk kedalam dzhulumat.
*kalau terbuat jugak maksiat, cepat cepat bertaubat.
*kurangkan masa dengan phone, banyakkan masa dengan quran.
*yang penting sekali mesti sabar dan bersungguh sungguh.
Al faqir ila rabbih : Abu Uwais Al Qarni Al Merwi.
نكتفي بهذا القدر.
ربنا يسهل.
السلام عليكم ورحمة الله.

Labels: