[close]



★A spy >_- ★


I'm The Sweet Owner



NiZah. Human. Normal Girl. thirdteen. World. Around in my blog? Don't forget to give footsteps. Enjoy~



what's time is now huh? :3

Status

I love to know something new, and I hate a person who like to make me sad

Choose Background

Background 1 Background 2 Background 3


Blog Archive


Contact Me


Buku Tamu

Credits

© 2013 - Full Template by Meiza Maulida the basecode from Arrien Amani and Anugerah Salsa. The sweet header is Amatullah Mufidah. And the lovely helper is Aminah Hafidzatunnisa. Cute icon from Pixel.
siapa aku (bab 1)
Thursday, 30 October 2014 | 0 Possible[s]
Bab 1
              Sherlina terus bangun pada pukul 6:30 pagi. Kejadah lah aku boleh bangun lambat sampai macam ni sekali? Tak paham aku,punyalah kuat suaraEncik Mimpi nyanyi lagu ‘Ayuh tinggalkan Dia’. Sherlina merungut-rungut sambil tangannya mencapai towel yang bewarna biru delima di penyangkut tuala. Tepat jam  6:45, Sherlina keluar dari bilik air dengan badan dipenuhi wudhu’ solaty ditunai dan selepas wirid,Sherlina terus keluar melangkah ke bilik Izzah.
              Dilihat Izzah sudah tercongok di di hadapan komputer riba miliknya. Sebuah idea datang kepadanya. Kehkehkeh..aku bagi gempak ahh sekejap.
              Sherlina pulang semula ke biliknya,komputer riba bewarna putih dengan skin bercorak hijau cair dicapai. Laman sosial Facebook yang didaftarkan dengan nama Miss mystery dibuka  nama Nurul Dinie Izzahichi dan butang add friend ditekan. Tiba-tiba terdengar bunyi notification yang memberitahu bahawa  dia telah diterima sebagai rakan.
              Sherlina tanpa teragak-agak memulakan conversation bersama Izzah..
Miss Mystery : hai awak.. titew nak kenal boleh?
Nurul Addin   : hmm.. boleh
Miss Mystery :okey kalau macam tu saya nak tanya,awak tinggal mana?
Nurul Addin   : tinggal perak,awak?
Miss Mystery :oh.. saya tinggal seremban
Nurul Addin   :ouh.awak tahu, sepupu saya pun tinggal situ
Miss Mystery :lah yeke? Apa nama sepupu awak?
Nurul Addin   :nama dia Sherlina,baik tahu budaknya
Miss Mystery : ouh nak kenal boleh?
Nurul Addin :hmm..yang tu awak kena tanya dialah..BTW awak ni lelaki ke perempuan?
Miss Mystery :lelaki
Nurul Addin   :dah tu kenapa miss?
Miss Mystery :saje.. perempuan susah app lelaki..
Nurul Addin   : kalau macam tu sekejap saya panggil Sherlina
              Addin terus bangun meninggalkan meja belajarnya dan berlari-lari anak pergi ke arah bilik Sherlina. Terasa semacam pula bila berbual dengan orang lelaki yang dia tak kenal. Sesampai sahaja di depan bilik Sherlina, kedengaran suara Sherlina ketawa terbahak-bahak di dalam biliknya. Timbul satu tanda tanya. Namun dibiarkan sahaja tanda tanya itu. Pintu di buka selaju yang dia mampu dan terus berlari ke arah Sherlina seolah-olah mahu menerkam Sherlina untuk santapan nya.
              “Sherlina! Kau tahu tak..” kata-kata Addin termati apabila dia menoleh ke arah skrin laptop yang terbuka di atas meja Sherlina.
              Sherlina memandang kearah Addin dengan pandangan pelik.
  PAP!
              Sebuah tamparan terkena pada lengan putih Sherlina.
             “Aduh! Sakitlahh” Sherlina mengaduh kesakitan. Ape buang tabiat ke apa sepupu aku yang sekor ni? Tiba-tiba je tampar tangan aku .
              “Kau apa fasal? Tiba-tiba sahaja pukul tangan aku. Tahulah tangan aku cantik” kata Sherlina sambil mengusap tangannya dan menjelirkan lidah ke arah Izzahichi.
              “ Kaulah. Sedap kau aje main-main dengan aku. Kau tahu yang Miss Mystery tu perempuan kan? Ceh, kau rupanya yang miss mystery. Sedap kau je tipu aku.” Izzahichi berkata sambil memuncungkan mulutnya.
              “Dahtu.. tadi aku dah datang bilik kau. Kau main komputer je..mana frust hati aku. Aku panggil buat tak tahu sahaja. Aku  pun buatlah macam tu” kata Sherlina mendatar.
              “okey fine. Sebenarnya apa sebab kau datang bilik aku tadi? Misteri betul”
              “hah! Tadi aku pergi bilik kau sebab nak....”
              Kata-kata Sherlina terrhenti sebaik sahaja nama Sherlina dan Izzahichi dipanggil oleh ibu Izzahichi. Segera mereka berdua menjawab serentak.
              “ kau Lina, sat gi aku uruskan kau” kata Izzahichi separa menggertak dan separa bergurau. Sherlina pula hanya tertawa melihat sepupunya menggertak dan bergurau.
              ‘sakit mental betullah sepupu aku ni..hahaha’ bisik Sherlina sebelum kakinya melangkah keluar dari bilik itu bersama Izzahichi.
Di bawah...
              Selepas Izzahichi dan Sherlina mengemas meja makan untuk sarapan, Izzahichi dan Sherlina duduk makan bersama keluarga Izzahichi. Sesi makan- makan berjalan dengan senyap sebelum..
              “Lina ,nak ikut semalam sampai pukul berapa? Pak cik and mak cik tidur awal semalam sebab penat, before cuti ni, macam-macam benda kena buat kat pejabat tu” kata pak long Man memecah suasana.
              “ Oh Lina sampai dekat pukul 11 malam”
              “ So Lina, macam mana ni? Ma and pa tak ada dekat sini. Macam mana nak bayar yuran after habis school holiday ni macam mana nak bayar yuran ?” tanya Pak Long Man
             “hmm.. yang tu, pa kata no hal sebab nanti pa  guna online je.. tapi the most important things, Lina kena tahu dululah nama, web,tempat sekolah tu” Sherlina menjawab sambil tersenyum.
              “Hah, kalau macam tu, lepas ni Lina ikut Pak Long n Ichi tengok sekolah tu okey” kata Pak Long Man.
              “hmm okey..”kata Sherlina baru dia teringat semula yang dia belum beritahu Izzahichi niat dia datang ke bilik Izzahichi.

              ‘hmm, tak pe lah nanti aku bagi tau dia’

maaf ya sebab cerpen saya pendek-pendek :( .. 
nevermind.. bye wassalam.. nanti bila ada mas.. saya sambung ya ;)

Labels: