[close]



★A spy >_- ★


I'm The Sweet Owner



NiZah. Human. Normal Girl. thirdteen. World. Around in my blog? Don't forget to give footsteps. Enjoy~



what's time is now huh? :3

Status

I love to know something new, and I hate a person who like to make me sad

Choose Background

Background 1 Background 2 Background 3


Blog Archive


Contact Me


Buku Tamu

Credits

© 2013 - Full Template by Meiza Maulida the basecode from Arrien Amani and Anugerah Salsa. The sweet header is Amatullah Mufidah. And the lovely helper is Aminah Hafidzatunnisa. Cute icon from Pixel.
Miss Mystery (prolog)
Friday, 24 October 2014 | 0 Possible[s]
Prolog
‘‘Eh! Ada bunyi pianolah!”lantas sepasang kaki milik Sherlina Ainin berlari menuju ke  arah bunyi piano ditekan. Kepenatan yang dirasainya tidak dihiraukan lagi aim nya hanya satu iaitu bunyi piano itu.
    Izzahichi yang sedang bermain piano diperhatikan. Seusai lagu ‘Thank you Allah’ habis dimainkan, Izzahichi berpaling ke arah orang yang sedang berdiri di sebelahnya dengan mata yang seakan-akan bercahaya. Fuh sekali pandang Sherlina yang sedang berdiri di sebelahnya itu seakan-akan tiang lampu yang bercahaya pula dengan badan yang kurus dan mata yang bercahaya.
    ‘‘Wei! Bagi salam lah lain kali. Huh ini tak main sergah je nasib baik aku ni tak de sakit jantung! Kalau ada confirm  aku dah ‘jalan’ dulu.” Bebel izzahichi seperti mak nenek
    “chillax.. gurau pun marah ke? Yang hang ni tok reti ke sambut tetamu? Ponat den beri salam dekat depan pintu dah macam Mak Melur yang tunggu batu belah batu bertangkup tu. Punya lah lambat nak bukak.. aku main masuk ajelah..” Sherlina membalas semula.
    “Alah macam kau tak biasa je pecah masuk rumah ni kan?” izzahichi cuba mempertahankan alasan nya.
    “ Memanglah! Sebab tulah patutnya kau tak boleh marah” Addin pula menyerang semula. Izzahichi hanya tersipu malu apabila dikata begitu. Memang salahnya pun.tapi itulah macam mana nak pertahankan lagi kalau dah kalah kan?
    “ Hmm,yelah .. eh, kau tak penatke? Rasanya Seremban – Perak bukan belakang rumah kan?” Izzahichi cuba menukar tajuk perbualan mereka. Sambil kening diangkat sebelah, pandangan menyindir diarahkan kepada Sherlina
    “ Bila kau tanya penat ke tak.. baru aku rasa penat tahu tak? .. Hmm.. mestilah penat”
    “Kalau penat, pergilah tidur,bilik kau sebelah bilik aku.. banyak barang kau tu.. baik kau angkat sekarang sebab sekarang dah pukul 10:50. Kalau nak didikutkan,lebih kurang pukul 12 baru siap.”
    “Aku no hal.. tapi aku nak tanya ni, Pak Long Man dengan Mak Long Cha mana?
    “Aku kata kau bengap tak.. kata pandai.. benda macam ni pun tak boleh fikir. Diaorang dah tidur lah. Tak mengagak sekarang dah pukul 10:50” balas Izzahichi. Terasa macam nak luku-luku sahaja kepala sepupunya yang seorang ini.
    “ouh yakah... hmm, okeylah kau plah dulu tidur kesian pulak aku tengok kau ni”
    “ Tahu pun,penat aku main lagu tu sebab tunggu kau sampai” kata Izzahichi sambil kakinya melangkah ke arah bilik tidurnya.
    Sherlina pula hanya menghantar Izzah dengan pandangan. Pabila Izzah masuk ke biliknya, pandangan Sherlina dialihkan kepada barang-baranga yang dibawanya dari Seremban. ‘hai,,banyaknya barang yang aku kena bawa’ Sherlina hanya berbisik sendirian. Tapi apa yang dia boleh buat? Ini atas kehendak dirinya sendiri. Dia yang mahu pindah sekolah.
    Akhirnya, dia mengangkat semua barang-barangnya dan kesemua barangnya selamat di pindahkan ke dalam bilik yang disediakan tepat pukul 12:30. Heh ,betullah kata Izzah, memang sampai pun pukul 12 lebih..
    Setelah menukar pakaian, solat dan mengemas tempat tidur,dia mencampakkan diri ke atas katil bujang. Sherlina membiarkan sahaja  lampu terpasang,dia masih belum mahu tidur. Sekeliling bilik  diperhatikan, lampu tidur biru, meja belajar putih,carpet biru laut,almari tiga pintu, comforter biru cair, alas kaki biru permata, cat biru cair , selipar bunnies dan langsir mainan warna biru-putih menjadi perhatiannya. Bilik ini ialah bilik tidur nombor 2nya selepas bilk tidur di rumahnya. Hampir serupa,namun bilik tidur asalnya bewarna hijau. Pelbagai warna hijau yang dapat dilihat di biliknya. Sampai begitu sekali rapat . yalah dah sepupukan?  Yeke sepupu rapat macam ni? Ke tak? Ah ! lantak lah.

    Puas mengelamun,comforter di kaki ditarik rapat ke kaki remote controller ditekan menutup lampu utama. Lampu tidur dibiarkan terpasang.